Tampilkan postingan dengan label ANAKNYA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ANAKNYA. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 November 2014

MEMALUKAN!!! Guru Agama Terkantoi Merogol Anaknya


gambar hiasan


Jakarta: Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yg bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.



“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yg dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya.

 


DUNIA BARU


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

TAK PATUT!!! SEDIH: RAKAMAN VIDEO SEORANG IBU SUJUD MOHON AMPUN KESALAHAN ANAKNYA MENGHINA PRESIDEN INDONESIA SEMASA PILIHANRAYA LEPAS..




Jakarta – Seorang ibu yg hanya dikenali sebagai ‘ibu Mursidah’ terpaksa bersujud merayu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo yg lebih dikenali sebagai Jokowi agar membebaskan anaknya yg ditahan atas kesalahan menghina presiden republik itu,di media sosial semasa kempen pilihan raya Julai lepas.



Menurut Mursidah beliau merayu kepada Presiden Jokowi agar memaafkan kesalahan anaknya itu yg merupakan ‘tulang belakang’ bagi mencari nafkah untuk keluarganya.



“Saya mohon untuk berjumpa dengan Pak Jokowi, saya minta maaf, maafkan anak saya.



“Anak saya tidak tahu apa-apa, saya sujud di kaki Pak Jokowi, saya merayu pak,” kata Mursidah sambil menangis.



Menurut laporan, Mursida terus tunduk sujud dan menangis sambil merayu agar anaknya dibebaskan dari penjara.



“Kalau perlu, tukar nyawa (kesalahan) anak saya dengan saya. Saya mohon bebaskan anak saya pak,” rayu Mursidah lagi.









Suspek Muhamad Arsad atau dikenali sebagai Imen, 24, dikatakan telah mengubah suai sekeping gambar lu cah dan meletakkan gambar Jokowi bersama mantan presiden kelima Indonesia, Megawati Soekarnoputri.



Dia kemudiannya memuatnaikkan gambar tersebut di laman Facebook miliknya, Asyard Assegaf (Anti Jokowi).



Sejurus meneriam laporan mengenai penyebaran gambar tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap akaun Asyard Assegaf (Anti Jokowi).



Hasil siasatan mendapati akaun tersebut milik Imen yg bekerja sebagai tukang cucuk satay yg akhirnya ditahan Khamis lalu di Markas Besar Polis Republik Indonesia di Jakarta.



“Dia hanya ikut-ikutan saja, terjebak situasi politik saat itu,” kata peguam MA, Irfan Fahmi seperti dilaporkan oleh Tempo.co.



Menurut Irfan, Imen melakukan hal itu kerana tidak faham bahawa perbuatannya boleh mencampakkannya ke penjara. Dia juga telah memadamkan gambar-gambar tersebut kerana takut sebelum pihak berkuasa.



Imen bakal berdepan dengan dakwaan di bawah undang-undang berkaitan dengan jenayah siber dan pornografi. Jika sabit tuduhan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun.



Joko mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden republik itu pada 20 Oktober lepas. Bekas Gabenor Jakarta itu mengalahkan lawannya, Prabowo Subianto dengan kelebihan 53 peratus undi.



Kemenangan Joko itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Perlembagaan selepas Prabowo mencabar keputusan berkenaan.







View the original article here