Tampilkan postingan dengan label China. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label China. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 November 2014

Edisi Menjijikkan Di China Najis Lembu Di Jadikan Minuman



Minum air yang mengandungi najis haiwan mungkin tidak mempunyai apa-apa faedah untuk kesihatan.

Tetapi penduduk desa di Xiangtan di wilayah Hunan selatan China ini telah menjadikan 'air najis' sebagai minuman kerana mereka percaya ia boleh menyembuhkan penyakit serius - termasuk kanser.

Ia adalah produk yang serius yang menjadi bualan hangat, tetapi ia tetap terbukti popular di kampung tersebut, dengan lebih daripada 20 isi rumah di kampung tersebut mangambilnya sebagai tujuan perubatan.

Xiangtanians mengumpulkan najis lembu segar atau najis kambing biri-biri dan kemudian mengeringkan di bawah sinar matahari atau memasaknya di atas api kemudian mereka mengisar sehingga sebuk, mencampurkan dengan air dan diminum dua kali sehari.

Kegilaan - dalam erti kata yang sebenarnya untuk minum air najis bermula apabila seorang wanita yang dikenali sebagai 'Ma' didiagnosis dengan tahap akhir kanser paru-paru pada Januari lepas.

Setelah keadaannya tidak bertambah baik dengan rawatan hospital biasa, anaknya mencuba dengan preskripsi 'ajaib'.

Apa yang menarik 'Ma' mendakwa bertambah bertambah baik dan sihat, dan menyebabkan ramai yang mencuba mengikuti cara belaiu.







View the original article here

Tahukah Anda Di China Banduan Di Benarkan Berkahwin Dalam Penjara

Jika anda tinggal di Negara China dan anda adalah seorang banduan dalam penjara, anda dibenarkan untuk berkahwin dengan kekasih anda semasa menjalani hukumannya anda.

Itulah yang belaku kepada bekas pengedar dadah dan banduan semasa, Wang Zhi, yang telah menjalani hukuman penjara 7 tahun setengah dan berbaki masih setahun telah berkahwin dengan teman wanitanya didalam penjara. Upacara ini dibantu oleh pengawal penjara Cina ... dan itu benar-benar kelihatan aneh tapi romantis.

Meskipun keluarganya keberatan, tetapi dia membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinannya, meskipun Wang Zhi masih mempunyai baki satu tahun hukumannya.



Best of luck untuk pasangan bahagia, Diharapkan kisah mereka berakhir dengan gembira.


Mungkin ini adalah langkah terbaik bagi seseorang banduan untuk di ikuti oleh mana-mana penjara
kerana dengan cara ini mungkin dapat mengubah seseorang dari terus melakukan jenayah setelah bebas dari penjara "demi masa depan keluarga".



View the original article here