Tampilkan postingan dengan label Wajah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Wajah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 November 2014

Wajah Ratu Fashion Ini Jadi Pelik Kerana Terlalu Banyak Buat Pembedahan Plastik

This Italian queen of fashion has had so much surgery that she now looks more like a wax doll and even her outfit was less than flattering when she was spotted out and about in Sao Paulo.






View the original article here

Sabtu, 08 November 2014

ARTIS!!! Stacy Nafi Buat Suntikan Wajah Untuk Cantik


Penyanyi Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam menafikan dakwaan sesetengah pihak yg mengatakan dia mengamalkan rawatan suntikan wajah agar tampil lebih cantik.

Dipetik daripada laporan Kosmo!, Stacy berkata, dia tidak pernah terfikir langsung untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya menggunakan produk yg bersesuaian dengan kulitnya.


Saya tidak mengambil sebarang suplemen kesihatan. Saya Cuma menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk yg sesuai dengan kulit saya. Lagipun sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang terdedah di bawah sinaran matahari, ujarnya.

Malah penyanyi berusia 24 tahun ini turut merasakan penurunan berat badannya yg banyak mungkin mempengaruhi perubahan pada wajahnya.




Dulu muka saya kelihatan agak bulat akibat kenaikan berat badan yg berlebihan.

Berat saya pernah mencecah sehingga 56 kilogram. Setelah kembali aktif bersukan, berat saya turun sehingga 46 kilogram. Selain itu, saya juga menjaga cara pemakanan dan mengelakkan pengambilan hidangan yg menggemukkan, tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini dilantik menjadi jurulatih untuk program televisyen pencarian bakat berkumpulan dalam kalangan remaja iaitu "Pop Krew" bersama penyanyi Tomok.

KREDIT: BLOG KAMI


View the original article here

Kamis, 06 November 2014

WOW!!! Sungguh Cantik Wajah sebenar Nurfuryna, Pengasas produk Aura White




Pemilik nama Nurfuryna Mohd. Azmeer ialah pengasas syarikat kecantikan Aura White, produk yg pernah hangat diperkatakan beberapa bulan lalu selepas kontroversi melanda dutanya, Hanez Suraya berkaitan keretakan rumahtangga orang lain.





Tahukah anda, Nurfuryna atau Feena masih muda iaitu 29 tahun dan amat jelita orangnya namun sudah bergelar ahli perniagaan yg berjaya. Apapun, kalau ada yg mahu menaruh hati pada beliau, pintu sudah tertutup kerana Feen sudah pun berkahwin.

Dengan pengunduran diri Hanez Suraya sebagai duta, pengasas itu kini memilih dua artis terkenal lain iaitu Natasha Hudson dan Amyra Rosli sebagai duta baru. 

Kata Feena, pemilihan mereka adalah disebabkan kualiti yg dimilik dua pelakon itu. Mari layan dua keping gambar wajah sebenar Nurfuryna atau Feena yg jelita dan seksi.





 


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

MACAM DIVA!! 3 Foto wajah terbaru Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal

Pengacara, penyanyi & usahawan terkenal Dato’ AC Mizal menafikan yg dia sentiasa mahukan layanan yg bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa ramai.

Bertemunya di majlis pelancaran duta produk L'rose Perfect Body di Royale Chulan Hotel kelmarin telah merungkaikan segala kemelut yg didakwa oleh pihak-pihak tertentu mengenai dirinya yg dikatakan semakin demand sejak akhir-akhir ini.

“Tidaklah saya tak begitu. Kalau saya membuat sesuatu pekerjaan seperti mengendalikan sesebuah rancangan saya akan terlibat dengan kandungan bagi setiap program tersebut dan saya tidak pernah meminta apa-apa keistimewaan”

“Saya pernah susah untuk dapat sebarang pekerjaan mahupun mengacarakan sesebuah program. Jadi apabila saya dapat saya perlu memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Media pun tahu perangai saya macam mana,”
katanya yg juga telah dilantik sebagai Duta kepada jenama produk pelangsingan badan L’rose bersama-sama isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

Tambahnya lagi, sikapnya yg serius memungkinkan beliau dipandang negatif oleh orang-orang di sekelilingnya. Tegasnya sebagai seorang artis dan juga usahawan setiap perkara perlulah punyai matlamat dan hala tuju supaya tidak timbulnya masalah di kemudian hari.

“Saya seorang ahli perniagaan dan seorang artis jadi saya nak sesuatu benda tu kelihatan 'perfect' kerana kita tahu akan ada masalah sekiranya kita tidak membuatnya secara teliti. Bukan apa jika berlaku perkara-perkara yg tak diingini saya yg akan bertanggungjawab kerana saya orang yg berada di hadapan,” tambah AC Mizal lagi.


Berikut ialah tiga keping gambar terkini Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal yg semakin cun melecun dan memikat hati.



p/s : Tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA dan semua gambar diambil dari PORTAL GUA & LAMAN MFORUM.CARI










 


View the original article here

COMEL!!! Wajah sebenar emak Zain Saidin

Umum mengetahui, pelakon Rozita Che Wan, 41 telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada Sabtu lalu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar,"
ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.


Selepas Rozita bersalin, beliau menerima kunjungan ahli-ahli keluarga termasuk kakak Zain Saidin, Shasha dan ibu merek. Jom tengok wajah sebenar ibu Zain yg amat manis bertudung di sini.










 


View the original article here