Tampilkan postingan dengan label Malam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Malam. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 November 2014

GEMPAR!!! Gadis Kahwin Dalam Usia 8 Tahun Mati Di Malam Pertama




seks

Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yg dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

“Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

“Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik  itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas,” jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yg muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.






View the original article here

Kamis, 06 November 2014

BERITA!!! TANGGAL TUNDUNG UNTUK BERFOYA DI KELAB MALAM


Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.

Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yg menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota.

“Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami.

“Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk,” katanya.

Ditanya sekiranya ‘bouncer’ berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata ‘bouncer’ tidak akan berbuat demikian.

“Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu bertudung, susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yg sudah disolek.

 


View the original article here