Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 November 2014

ARTIS!!! Wardina Safiyyah Terima Panggilan Lucah Dari Seseorang


Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.

Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yg diterimanya pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yg masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yg dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa.

Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

“Saya tidak menjawab panggilan telefon yg pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yg saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yg sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya semalam.

 


View the original article here

ARTIS!!! Gambar Terkini Juliana Evans Yang Hot Giteww...


Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat sekitar April 2014 yg lalu, ramai bertanyakan bilakah Juliana Evans akan kembali ke Malaysia sekaligus meneruskan penglibatan dalam dunia hiburan.

Bercakap kepada Harian Metro, Juliana Evans yg menyambung pengajian di Akademi Filem New York berkata beliau banyak menimba pengalaman ketika menetap di Los Angeles selain ada mengintai peluang berlakon serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.








Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yg ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita.

Di sini ramai kenalan yg sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.

Bagaimanapun saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.

Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran.

Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.

Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini, jelas Juliana Evans.

Gadis berusia 25 tahun ini juga khabarnya bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.

 


View the original article here

OH ARTIS!!! Agnes Monica Berani Dalam Klip Video Coke Bottle?


Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yg telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yg pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ ini.

Namun yg menarik perhatian kami, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah (maaf cakap yer).

Tetapi, yg membuatkan ianya menjadi sebutan ramai adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian put*ng beliau.

Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.

Walau sudah diajukan soalan, Agnes seperti tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.

Lihat klip video ini..



 


View the original article here

OH ARTIS!!! 2 Gambar Melampau Artis Melayu Zaman Sekarang



Dimanakah maruah wanita melayu zaman sekarang, cara pemakaian

artis melayu ini semakin melampau sehingga menampakkan lurah 

payudara... semoga diberikan hidayah.




 


View the original article here

Sabtu, 08 November 2014

OH ARTIS!!! Hanez Suraya Mengaku Dirinya Tidak Lagi Bersama Romie


Mungkin ini kisah terakhir tentang Hanez Suraya dan kekasihnya atau bekas kekasihnya Romie yg sudah menghiasi media sejak setahun yg lalu.

Pelakon itu mengakui yg dirinya kini sudah tidak bersama dengan jejaka yg juga suami orang itu.

Ketika diminta mengulas hubungan cinta bersama Romie, Hanez Suraya menjelaskan yg beliau kini tidak lagi bersama Romie tetapi mereka masih berhubung sebagai kawan.


Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yg terjadi.

Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa, jelas Hanez Suraya.

Seperti yg kita pernah dengar sebelum ini Hanez Suraya kini sedang mendalami ilmu selok belok perniagaan untuk jaminan masa hadapan selepas sedar kontroversi yg melanda dirinya sebelum ini boleh menjejaskan rezeki dan peluang berlakon.


Buat masa sekarang biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini.

Apa yang terjadi, cukuplah. Biar saya buka lembaran baru selepas ini, tambahnya lagi.

Sumber ini dipetik dari rotikaya.com.

 


View the original article here

ARTIS!!! Stacy Nafi Buat Suntikan Wajah Untuk Cantik


Penyanyi Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam menafikan dakwaan sesetengah pihak yg mengatakan dia mengamalkan rawatan suntikan wajah agar tampil lebih cantik.

Dipetik daripada laporan Kosmo!, Stacy berkata, dia tidak pernah terfikir langsung untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya menggunakan produk yg bersesuaian dengan kulitnya.


Saya tidak mengambil sebarang suplemen kesihatan. Saya Cuma menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk yg sesuai dengan kulit saya. Lagipun sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang terdedah di bawah sinaran matahari, ujarnya.

Malah penyanyi berusia 24 tahun ini turut merasakan penurunan berat badannya yg banyak mungkin mempengaruhi perubahan pada wajahnya.




Dulu muka saya kelihatan agak bulat akibat kenaikan berat badan yg berlebihan.

Berat saya pernah mencecah sehingga 56 kilogram. Setelah kembali aktif bersukan, berat saya turun sehingga 46 kilogram. Selain itu, saya juga menjaga cara pemakanan dan mengelakkan pengambilan hidangan yg menggemukkan, tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini dilantik menjadi jurulatih untuk program televisyen pencarian bakat berkumpulan dalam kalangan remaja iaitu "Pop Krew" bersama penyanyi Tomok.

KREDIT: BLOG KAMI


View the original article here

MAIGOT!!! 4 Foto fesyen artis wanita baru paling mengejutkan di ASK 2014

Anugerah Skrin 2014 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi pada jam 9.00 malam, di mana hampir kesemua artis tanah air telah datang dengan gaya dan style yg lain macam,



Anugerah skrin 2014 telah mempertaruhkan 31 kategori yg merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Anugerah skrin ASK 2014 ini adalah kali yg ke-15.anugerah skrin 2014 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yg sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yg berlainan. 



Tahun ini, ASK 2014 telah memilih tema elegan dan klasik sebagai konsep keseluruhan untuk persembahan malam nanti - MYINFO4U.












 


View the original article here

OH ARTIS!!! Artis Popular Bersuami Ketagihan Dengan Bangla



gambar hiasan


Untung nasib kehidupan kita bukannya mudah untuk diramalkan. Kalau dulu pernah hidup dalam kesusahan ia bukanlah bermakna susah selamanya. Kalau nak hidup senang,  kenalah kerja keras dan rajin berusaha. Bumi Allah ni kan luas, rezeki itu ada dimana-mana.

kenapa saya kata macam tu?

Sebabnya, semasa tengah belek-belek akhbar mymetro tadi, saya terbacalah satu artikel yg mengatakan ada seorang Artis wanita yg dah berumahtangga dengan seorang lagi artis yg namanya cukup popular di tanah air kita ni, mula main kayu tiga dibelakang suaminya kerana, bekas tunangan lamanya dah jadi Hartawan.

Artis Wanita Bersuami Artis Popular Bermain Kayu Tiga?

Nak dijadikan cerita, semasa artis wanita ni pergi ke dalam satu acara majlis, dia terjumpalah bekas tunang lamanya yg dulu hidupnya tak lah semewah pada hari ini. Yang mana pertemuan itu, menyebabkan terungkitlah cerita lama sehingga mereka kembali berhubung di luar pengetahuan suami si Artis wanita itu.


Apa lagi, artis wanita itupun mula la menceritakan semua masalah rumahtangganya dengan bekas tunangnya itu. Betul atau sekadar nak minta simpati, tak tahu la pula, sebab bekas tunangnya itu dah jadi hartawan sekarang. Sedangkan suaminya masih di takuk lama.

Dengar khabar, kononnya Artis wanita ni buat macam tu sebab dah tahu yg bekas tunangnya dah kaya raya.

Walaupun cinta dalam hati bekas tunangnya itu masih menebal terhadap artis wanita itu, ia masih sedar bahawa   bekas tunangnya itu  tidak boleh kembali kepadanya seperti dulu kerana, status artis wanita itu sebagai isteri orang. Sehingga menyebabkan  bekas tunangnya itu menasihati supaya artis wanita tersebut kembali taat kepada suaminya.

Malahan, bekas tunangnya itu ada berpesan, sekiranya satu masa nanti  rumah tangga artis wanita bersama suaminya itu dah tidak mampu untuk  diselamatkan lagi, ia sanggup mengahwini artis wanita itu kerana perasaan sayangnya yg masih ada.

Lelaki kalau dah cintakan  perempuan,walaupun pernah  diperlakukan seperti sampah, lelaki tetap sanggup menerima cintanya.

Tetapi sesetengah lelaki, kalau dah dapat perempuan baik macam mana sekalipun kalau mereka tidak suka, menangislah air mata darah sekalipun, akhirnya derita seorang perempuan itu hanya sia-sia. Jadi, hargailah mereka yg menyayangi kita.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

KREDIT: DUNIA BARU


View the original article here

Kamis, 06 November 2014

ARTIS!! AGNES MONICA TIDAK SENGAJA DEDAH DADA DALAM VIDEO MUZIK




Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yg telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yg pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ ini. Namun yg menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah.


Tetapi, yg membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian puting beliau. Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.


Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.

 


View the original article here

Rabu, 05 November 2014

OH ARTIS!!! 8 Gambar Artis Berpakaian Terlampau




 

Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.

Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yg berlangsung pasti ada selebriti yg sangka mereka telah tampil dengan pakaian yg disangka paling anggun tapi hakikatnya pilu.

Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yg juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk.



8



7



6



5



4



2



3



 


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

OH ARTIS!!! Dedah perut : Hanis Zalikha dikritik!



PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yg dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram.

Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yg keterlaluan.

Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu.







 


View the original article here

OH ARTIS 5 Foto Amelina, penyanyi dangdut terkenal buka tudung?

Penyanyi dangdut yg sangat popular suatu masa dahulu sehingga kini lagu nya masih diminati dengan irama serta suara nya yg amat mengasyikan kan.



Amelina nama yg tidak asing lagi pada para peminat dangdut tanahair, beliau agak menyepi selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1999.



Namun baru-baru ini gambar Amelina berjaya di rakam di sekitar Kuala Lumpur bersama seorang penyanyi wanita Maya namun apa yg amat mengejutkan adalah Amelina kini sudah tidak seperti dulu.



Dahulunya Amelina cantik mengenakan tudung namun gambar terbaru yg dirakamkan sudah tidak bertudung, apa kah Amelina ingin melakukan penampilan baru dalam kerjaya seni nya tidak lah kita pasti.




 
















 


View the original article here

OH ARTIS!!! Juliana Evans Baby Doll Sambut Halloween


Halloween sememangnya menjadi salah satu acara yg amat di nanti-nantikan di negara barat, terutama sekali kanak-kanak.

Tapi, jangan pelik sebenarnya orang dewasa pun turut seronok menyambut perayaan ini tau.

Di negara kita pun, ada beberapa selebriti yg pernah ikut serta dalam perayaan ini.

Namun, tahun ini, foto Juliana Evans menyambut Halloween di Los Angeles berjaya menarik perhatian kami dengan kostum ala baby doll yg telah dimuat naik di Instagram.



Wah, comel nau Juliana jadi baby doll. Siap ada freckles lagi tau! Lagi teruja apabila kami melihat foto Jue disamping beberapa ‘monster’ menakutkan.

Hmm, kalau kami memang tak lah nak bergambar dengan karaktor menakutkan ni, takut terbawa dalam mimpi pula nanti.

Cakap banyak pun tak guna, korang tengoklah sendiri ya! Enjoice :)





 


View the original article here

ARTIS!!! Respon Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza isu penceraian Siti Saerah

Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, pastinya perceraian menjadi perkara yg mahu dijauhi.

Tetapi siapa yg mampu melawan kehendak takdir, andai perceraian juga menjadi penyelesaian terakhir dalam sebuah perkahwinan.

Baru-baru ini tersebar cerita kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Saida, Siti Sairah dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di mahkamah di Kuantan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak.

Ketika ini, Sairah belum mengulas berita berkenaan. Cuma di laman Instagram miliknya, Sairah ada menitipkan coretan terima kasih kepada yg mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi.

Katanya lagi, setiap yg berlaku ada hikmahnya.


Sementara itu, BH Online dihubungi Saida sebentar tadi berkata, sebagai kakak, dia pernah melalui apa yg dialami adiknya itu. Saida sudah tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal.

"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yg kita nak elak.

"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yg tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat,"
katanya.






 

View the original article here