Tampilkan postingan dengan label Maembong. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Maembong. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 November 2014

CUTE!!! Halatuju Percintaan Ewal AF2014 Dan Chacha Maembong Selepas Ini


Pemenang tempat ketiga #AF2014 Ewal tanpa segan silu memperjelaskan hubungan cintanya bersama Chacha Maembong telah lama berakhir.

Hubungan yg hanya bertahan selama 6 bulan itu atas dasar perbincangan mereka berdua tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.


Saya dah lama putus dengan Chacha, tahun lepas lagi kami tidak bersama. Punca perpisahan kami ialah kekangan masa dan kesibukan kerja, kami sama-sama faham, kata Ewal

Menurutnya lagi, dia bersedia dengan apa jua cabaran sekiranya ia tidak mencetuskan kontoversi sehingga menggugat kerjayanya.


Kisah cinta saya dengan Chacha pun tidaklah terlalu meliar sangat, sekadar memuat naik gambar Instagram sahaja. Saya kalau bercinta sikap dan tingkah laku saya jaga, ujarnya.



Mengenai kariernya setelah tamat AF2014, Ewal telah bersedia sepenuhnya terutama konsep lagu yg ingin diketengahkan.


Dulu saya memang gemar genre lagu rancak namun setelah tamat akademi ini, tenaga pengajar melihat potensi saya lebih kepada genre pop rock atau balada, kata Ewal.

Ewal juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong yg mengundinya sehingga meraih tempat di Akademi Fantasia 2014.

 


KAMI


View the original article here

NAPE!!!Chacha Maembong Terasa Hati




Kami beri 10 markah kepada mereka yg berjaya meneka dengan tepat tentang misteri foto wanita berbusana merah jambu yg direka khas oleh Ezuwan Ismail. Hehe.

Menerusi temubual bersama mStar Online, Chacha Maembong mengakui bahawa dia merupakan selebriti yg didakwa Ezuwan tidak menggayakan busana tersebut.

Namun, pelakon berusia 18 tahun itu mengatakan bahawa dia sudah memaklumkan mengenai hal ini kepada Ezuwan sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).


“Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.

Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu.

Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu.”
Bagaimanapun, Chacha memberitahu bahawa dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.

 


DUNIA BARU


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

GEMPAR!!! Chef Riz Pinang Shikin Maembong



Chef Riz bakal tamatkan zaman duda dengan Shikin Maembong hujung tahun ini.

Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yg dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (hari ini).










"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yg juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yg sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yg sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.







 


View the original article here