Tampilkan postingan dengan label TIDAK. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label TIDAK. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 November 2014

OH ARTIS!!! Hanez Suraya Mengaku Dirinya Tidak Lagi Bersama Romie


Mungkin ini kisah terakhir tentang Hanez Suraya dan kekasihnya atau bekas kekasihnya Romie yg sudah menghiasi media sejak setahun yg lalu.

Pelakon itu mengakui yg dirinya kini sudah tidak bersama dengan jejaka yg juga suami orang itu.

Ketika diminta mengulas hubungan cinta bersama Romie, Hanez Suraya menjelaskan yg beliau kini tidak lagi bersama Romie tetapi mereka masih berhubung sebagai kawan.


Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yg terjadi.

Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa, jelas Hanez Suraya.

Seperti yg kita pernah dengar sebelum ini Hanez Suraya kini sedang mendalami ilmu selok belok perniagaan untuk jaminan masa hadapan selepas sedar kontroversi yg melanda dirinya sebelum ini boleh menjejaskan rezeki dan peluang berlakon.


Buat masa sekarang biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini.

Apa yang terjadi, cukuplah. Biar saya buka lembaran baru selepas ini, tambahnya lagi.

Sumber ini dipetik dari rotikaya.com.

 


View the original article here

Kamis, 06 November 2014

ARTIS!! AGNES MONICA TIDAK SENGAJA DEDAH DADA DALAM VIDEO MUZIK




Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yg telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yg pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ ini. Namun yg menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah.


Tetapi, yg membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian puting beliau. Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.


Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.

 


View the original article here

Rabu, 05 November 2014

PANAS!! Watak Lelaki Sotong Sharnaaz Ahmad Tidak Menjadi


Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan watak lelaki lembut yg dilakonkannya menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong bukanlah satu kegagalan walaupun banyak pihak mempersoalkan karakter itu yg dianggap tidak menjadi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia telah melakonkan watak tersebut sebaik mungkin namun mengakui terdapat sedikit kelemahan yg perlu diperbetulkan.


Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yg bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yg belum pernah saya bawa.

Dan saya melakonkan watak itu selembut yg mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu, katanya yg dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak berkecil hati dengan sebarang komen berbetuk kritikan terhadap lakonannya itu memandangkan ia merupakan watak lembut yg pertama dilakonkannya.


Saya terbuka dengan setiap komen yg diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.

Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yg dibawa itu, ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yg mula popular menerusi drama Dottie itu bersyukur apabila Suamiku Encik Sotong mendapat rating tinggi iaitu sebanyak 1.3 juta tontonan pada episod pertama ia disiarkan.


Saya gembira apabila ia mendapat respons yg sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu, tuturnya.

Selain Sharnaaz, Suamiku Encik Sotong turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin.

 


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

NICE!!! Che Ta mengakui tidak sanggup bermadu dengan wanita lain

Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yg dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yg tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,”
katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yg dilakonkannya, dipetik dari akhbar 






 


View the original article here