Tampilkan postingan dengan label SWEET. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SWEET. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 November 2014

SWEET!!! 5 Foto aksi manja dan romantik Elfira Loy & Baim Wong

Pastinya Wak Doyok adalah orang yg paling kecewa melihat kemesraan yg terjalin di antara Elfira Loy dan Baim Wong ini. Apa tidaknya, Baim Wong telah menjemput Elfira Loy untuk menjadi peneman dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Raffi Ahmad. 



Satu ketika dahulu, Baim Wong pernah secara bergurau membuat pengakuan yg mereka sebenarnya memang bercinta. Adakah dengan kemesraan terbaru ini membuktikan yg gurauan itu palsu dan mereka sebenarnya memang mencintai antara satu sama lain?



Sekiranya anda seperti Wak Doyok yg ada menyimpan perasaan terhadap si comel ini, penjelasan Elfira Loy ini pastinya melegakan jiwa anda. Elfira memaklumkan yg dirinya tak gemar bercinta dan hanya mahu terus berkahwin. Bukan senang nak cari gadis seumpama ini di zaman moden. Kata Elfira menerusi Berita Harian:-



"Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya. Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.

Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM. Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana.

Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka. Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir."


Menariknya Baim Wong menerusi laporan media Indonesia memaklumkan yang Elfira Loy adalah kekasihnya. Hmmmmm. Adakah Baim Wong bergurau sekali lagi? Atau Elfira Loy malu-malu kucing mahu mengakui percintaan mereka? Apa pun, kalau dah tertulis jodoh, pasti akan berkahwin juga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.



Sumber artikel : Beautifulnara
















 


View the original article here

SWEET!!! 4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5

Penyanyi kecil molek Mila Jirin mengakui mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.


"InsyaAllah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya," ujar Mila seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Pelantun lagu "Aku Lebih Tahu" ini dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yg sudah dikenalinya sejak berusia 18 tahun dan jejaka bernama Isz itu merupakan pengurusnya sendiri.

Walaubagaimanapun Mila mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai identiti kekasihnya itu.

"Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan, saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan."

Penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan dia masih belum membuat persiapan perkahwinan kerana perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu seperti melancarkan lagu dan klip video terbaru.

Bercerita tentang perkenalannya dengan kekasih, Mila yg mula bertudung pada bulan Ramadan lalu memberitahu dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar penyanyi dan mula serius selepas kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan mereka - Portal Tupai













 


View the original article here

BOLEH TRY!!!Kisah Sweet.. Hadiah ‘Nasi Ayam’ Untuk Pujuk Tunang Merajuk




Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa.

Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai ini. Namun kisah kami kongsikan ini mungkin antara yg paling sweet malah ia berlaku di tanahair kita.

Ini adalah kisah adik selebriti terkenal, Fizo Omar bernama Wan Diana Omar. Kisah ini jadi viral gara-gara ramai yg terharu selepas mengetahuinya.

Segala-galanya bermula apabila Wan Diana dikatakan merajuk terhadap tunangnya, Mohd Hafiz.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz yg memiliki akaun Instagram @mhfzz pandai meredakan kemarahan bakal isterinya dengan memuat naik gambar sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf, lalu meminta Wan Diana keluar untuk mengambilnya.

Wan Diana kemudiannya re-post gambar tersebut di akaun Instagramnya dengan membalas, “At this hour. Are you kidding me baby??”





Rupanya, nasi ayam ini bukan nasi ayam biasa-biasa taw!





Sebaik dibuka bungkusan nasi ayam diberikan Mohd Hafiz, nyata tiada sebarang nasi mahupun ayam sebaliknya sebuah telefon bimbit Iphone 6.

Apa lagi, kemain sukalah Wan Diana melihat hadiah tidak disangkakan itu. Terus hilang rasa amarah yg membelenggu diri.

Gila! Kalau macam gini punya hadiah siapa yg nak marah lama-lama kan?


Ramai pengguna Instagram memuji usaha dilakukan Mohd Hafiz untuk menjaga hati pasangan yg boleh dikira romantik abis ni. Tak kurang juga, yg berharap kekasih hati masing-masing melakukan kejutan seumpama ini.

Hm, sekadar info tambahan.. dengar-dengarnya tunang Wan Diana ini merupakan sepupu kepada Shila Amzah..







Apa-apa pun, kami ucapkan selamat berbahagia kepada Wan Diana Omar dan Hafiz yang dah tak lama lagi dah, bakal bergelar suami isteri. - MYNEWSHUB



View the original article here

Sabtu, 08 November 2014

SWEET!! 2 Foto Amy Search kiss Nabila Huda

Inilah dua gambar momen-momen indah Amy Search menunjukkan kasih sayang sebagai seorg ayah kepada anak perempuannya juga pelakon popular, Nabila Huda.

Ramai mengakui amat tersentuh hati dan hampir menangis terharu selepas melihat kejujuran Amy Search. Dia menggunakn malam ASK 2014 untk memperbaiki hubungan dengan Nabila.






 


View the original article here