Pasangan ini sama padan sama cantik ditambah pula dengan penampilan Anis Al-Idrus yg sedia bertudung. Bukan sahaja menutup aurat malah kelihatan begitu jelita.
ROTIKAYA
ROTIKAYA
Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yg bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yg belum pernah saya bawa.
Dan saya melakonkan watak itu selembut yg mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu, katanya yg dihubungi mStar Online pada Selasa.
Saya terbuka dengan setiap komen yg diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.
Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yg dibawa itu, ujarnya.
Saya gembira apabila ia mendapat respons yg sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu, tuturnya.