Tampilkan postingan dengan label Minggu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Minggu. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 November 2014
Inilah Hobi Exstrin Orang Kaya Di Qatar Habiskan Cuti Hujung Minggu
Jika anda bercuti di Qatar, Anda akan dapat melihat orang-orang kaya disana yang menghabiskan waktu percutian dengan cara yang lebih exstrim.
Di hujung minggu, mereka akan berkumpul dan menyiapkan kenderaan 4WD untuk menyusuri padang pasir terpencil, mengempiskan tayar kereta mereka untuk melayari bukit pasir tak berkesudahan, saling berlumba dan melakukan beberapa tarikan yang luar biasa. Kegiatan ini dikenali dengan nama "Dune Bashing".
Tidak ada polis untuk menghentikan, tidak ada batas kelajuan dan tidak ada peraturan. Biasanya mereka yang mengikuti aktiviti ini ialah para pemandu yang sudah mahir dan berpengalaman. Namun kemalangan tak boleh dihindarkan, bahkan beberapa kemalangan itu mengakibatkan kematian.
Walaupun begitu, para penggemar aksi exstrim itu tetap menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti yang menyeronokkan di hujung minggu.
Kamis, 13 November 2014
GEMPAR!!! Wanita Misteri Tinggal Serumah Selama Beberapa Minggu Tanpa Disedari..
Apabila makanan di dapur atau peti sejuk anda hilang apa yg bermain difikiran anda?? Misteri ini terjadi kepada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.
Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yg aneh dengan perkara tersebut. Lantas dia mencari misteri yg berlaku itu dengan memasang sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.
Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.
Wanita misteri itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita misteri itu naik kembali ke pengudaraan.
Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan lantas meninggalkan apartment untuk melaporkan kepada pada polis. Apabila polis menangkap wanita misteri tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.
Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.
Sumber: Dairishare.blogspot.com
Kamis, 06 November 2014
GEMPAR!!! Che Ta, Zain umum nama anak minggu depan

PASANGAN romantis, Zain Saidin dan Rozita Che Wan hanya akan mendedahkan secara eksklusif nama puteri sulung mereka kepada umum menerusi program HLive! pada minggu hadapan.
Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta selamat melahirkan kira-kira jam 2.18 petang, Sabtu lalu di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan menerusi foto-foto yg dikongsi di laman sosial, Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.
Selasa, 04 November 2014
TAHNIAH!!! Adel Diserap Masuk, Azwan Tersingkir Di Konsert AF2014 Minggu 9
Pelajar AF2014 Adel yg disingkir pada dua minggu lalu kembali bersaing ke dalam Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) apabila dipilih menerusi AF Serap pada konsert separuh akhir malam Ahad.
Konsert tersebut diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pemilihan AF Serap yg dipilih menerusi fakulti AF 2014 itu pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yg pernah tersingkir.
Azwan tersingkir pada konsert separuh akhir AF2014.
Adel mengiringi empat peserta lain iaitu Firman, Aman, Ewal dan Nuha untuk berentap pada peringkat akhir di minggu hadapan.
Bagaimanapun peserta Azwan gagal ke peringkat akhir AF 2014 selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini.
Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana, kata Azwan.
Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet.
Untuk tugasan solo, Aman, 21 mempersembahkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Azwan, 30 (Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi), Ewal, 22 (Rude nyanyian Magic), Nuha, 21, (Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim) dan Firman, 25 (Nur Nilam Sari nyanyian Awie dan Search).
Tugasan lagu duet pula, Aman membawakan lagu Kalau Cinta menampilkan Marsha, Azwan (Tanda Kasih, menampilkan Noraniza Idris), Ewal (Muara Hati, menampilkan Adira), Nuha (Cintamu Mekar Di Hati menampilkan Mus May) dan Firman (Seribu Tahun Takkan Mungkin, menampilkan Joey Bumiputra Rockers).
Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura manakala penyanyi Fauziah Latif pula sebagai juri undangan pada minggu tersebut.
AF 2014 ditayangkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Langganan:
Postingan (Atom)