Tampilkan postingan dengan label Kekasih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kekasih. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 November 2014

SWEET!!! 4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5

Penyanyi kecil molek Mila Jirin mengakui mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.


"InsyaAllah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya," ujar Mila seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Pelantun lagu "Aku Lebih Tahu" ini dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yg sudah dikenalinya sejak berusia 18 tahun dan jejaka bernama Isz itu merupakan pengurusnya sendiri.

Walaubagaimanapun Mila mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai identiti kekasihnya itu.

"Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan, saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan."

Penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan dia masih belum membuat persiapan perkahwinan kerana perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu seperti melancarkan lagu dan klip video terbaru.

Bercerita tentang perkenalannya dengan kekasih, Mila yg mula bertudung pada bulan Ramadan lalu memberitahu dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar penyanyi dan mula serius selepas kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan mereka - Portal Tupai













 


View the original article here

Jumat, 14 November 2014

GILA!!! Pasangan Kekasih Hampir Maut Akibat Terlalu Asyik "PROJEK" Dalam Kereta




Bagi anda yg mempunyai tabiat membuat atau nak buat "PROJEK" di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh.

Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi.

Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yg lengang.

Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel.

Ketika sedang asyik bermesraan, mungkin secara tidak sengaja, salah seorang daripada mereka telah tertolak tombol gear kepada gear ‘reverse’.



Malangnya lagi, pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok.

Mujurlah, pasangan yg sedang berada di belakang kenderaan dengan pantas menekan brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.

Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan kerana separuh badan kereta sudah tergantung.

Sedar akan hal tersebut, si perempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.

Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. “Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup,” kata seorang saksi.

 


View the original article here

Rabu, 05 November 2014

Sepasang Kekasih Di Rakam Selamba Buat Projek Tepi Jalan


Sebuah video yang dirakam oleh seorang warga China memperlihatkan dua sejoli melakukan hubungan intim di atas bangku di kaki lima. Pada mulanya orang ramai yang melalui menyangka mereka hanya 'berbaring' biasa namun mereka terkejut melihat seluar panjang lelaki berkenaan rupanya melorot.

Di petik dari Daily Mail yang melaporkan, perilaku tidak senonoh itu membuatkan penduduk merasa geram. Dalam video juga kelihatan seorang pegawai keselamatan segera menghampiri dan memberi amaran kepada mereka berkali-kali. Namun kedua-dua pasangan itu tidak mengendahkan amaran tersebut itu. Bahkan mereka tanpa malu-malu mengatakan mereka sebentar lagi akan selesai. Penduduk juga menjerit supaya mereka mencari bilik yang lebih tertutup untuk melakukan aktiviti itu. Namun pasangan itu tetap tidak endah dan meneruskan aktiviti mereka.

           

View the original article here

Selasa, 04 November 2014

PERRH JELES KOT!!! 4 Foto majlis perkahwinan bekas kekasih Nur Fazura

Dengarnya memetik Blog Izyan, bekas kekasih kepada pelakon Fazura 10 tahun lalu itu yg dikenali sebagai Man Zai telah berkahwin dengan pasangannya beberapa hari lalu di Kuching, Sarawak.

Beberapa keping gambar telah dimuatnaik menunjukkan persandingan mereka. Pada masa yg sama, TMJ juga telah bernikah dengan Cik Khaleeda pada 24 Oktober lalu.


Nampaknya, kedua-dua bekas kekasih Fazura telah berkahwin. Kami harap aktres jelita ini juga cepat-cepat bertemu jodoh kerana ramai peminat tidak sabar-sabar melihatnya bersanding.



 












 


View the original article here