Tampilkan postingan dengan label Gosip. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Gosip. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 November 2014

GOSIP!!! Adegan Panas Peluk Lisa Surihani Dan Miera Liyana, Fizz Fairuz Mohon Maaf



Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yg menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.

Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu adalah atas dasar anak seni, demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yg memerlukan Fizz memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Ia menjadi bualan media apabila babak panas Fizz bersama Miera Liyana ditonjolkan di kolam renang juga babak ranjang yg agak panas.


Saya terima tawaran filem ini kerana saya tahu yg heroin saya ialah Lisa Surihani. Kedua, saya tak pernah lagi bekerja dengan Jason, ini kali pertama.

Sewaktu penggambaran saya tak berapa faham apa sebenarnya yg Jason mahukan, apa shoot yg dia nak rakamkan. Sampaikan saya pernah anggap yg pengarah saya ini gila.




Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati. Banyak ilmu yang saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligu membantu untuk saya mengeluarkan watak saya.

Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yang sampai 28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yg saya sendiri pun tutup mata, tambah Fizz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, filem terbitan Kru Studios ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 23 Oktober 2014.

KAMI


View the original article here

Kamis, 06 November 2014

GOSIP!! Chef Wan melenting kerana anak Rozita Che Wan

Sejak Rozita Che Wan melahirkan puterinya beberapa hari lepas, setiap hari pasti ada je cerita yg keluar. Dari ucapan tahniah hinggalah soal bersolek sebelum beranak pun dijadikan isu.

Paling kami tak faham apabila ada segelintir manusia yg membeza-bezakan anak Che Ta dengan Lara Alana iaitu puteri sulung Scha Alyahya.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Chef selebriti terkenal, Chef Wan pula melenting kerana anak Che Ta. Dah kenapa?

Rupa-rupanya, Chef Wan meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pengikut di laman sosial yg mengkritik dan mengutuk Che Ta.

Melalui kapsyen yg ditulis di akaun Instagramnya, dapat kami rasakan perasaan menyampah Chef Wan dengan haters tersebut. Mana taknya, Chef Wan turut menyelar tindakan mereka sebagai ‘bitchy’.

Lagi kami terkejut apabila Chef Wan siap suruh mereka masuk neraka jahanam jika tak boleh bersangka baik dengan orang lain tau! Fuh, menikam kalbu sungguh kata-kata Chef Wan.

Nak dijadikan cerita, Scha Alyahya turut memuat naik semula foto tersebut di Instagram miliknya dan seolah-olah bersetuju dengan Chef Wan. Tapi, kami lihat semakin galak pula pengikut instagramnya menghentam Chef Wan.

Haihh, kami pun pening. Kalaulah si comel berdua (anak Che Ta & Lara Alana) ini sudah boleh berfikir, mesti mereka takut dengan sikap manusia zaman sekarang.








 


View the original article here