Tampilkan postingan dengan label gemuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gemuk. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 November 2014

GAMBAR!!! Luahan sayu Almy Nadia kerana didakwa gemuk dan perut besar

Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yg gemar mempersoalkan saiz kandungannya yg kini berusia lima bulan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.

"Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yg ditanya.

"Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,"
katanya yg dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yg sering pertikaikan saiz tubuh badannya yg semakin membesar.

Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yg menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yg besar.

Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yg dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.

"Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yg dipakai itu dianggap tidak sesuai.

"Dah kata mengandung, mestilah semua baju yg dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yg tidak masuk akal,"
ujarnya kecewa






 


View the original article here

Selasa, 04 November 2014

WOW!!! Amy Gordon: Kisah Gadis Gemuk Yang Berjaya Menurunkan Hampir Separuh Berat Badannya Selepas Di Hina..






Menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan Kolej kerana bentuk tubuh yg gemuk adalah satu perkara yg mengecewakan seseorang. Di tambah lagi apabila bentuk tubuhnya menjadi sasaran modal untuk pelawak di atas pentas untuk melawak kepada penonton ianya adalah saat-saat yg amat memalukan apabila diketawakan oleh ramai hadirin yg hadir. 



Peristiwa tersebut terjadi kepada seorang wanita yg bernama Amy Gordon 29 Tahun dari Wolvehampton. Wanita yang mempunyai tubuh yg gemuk dengan berat badan mencecah 117Kg. Amy Gordon mempunyai berat badan yang agak berlebihan sehingga dia menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Setiap hari Amy Gordon mengakui tidak pernah lari daripada diejek dan dicaci kerana mempunyai badan yg gemuk. 






Peristiwa yang amat memalukan yg pernah terjadi kepada ketika dia menghadiri sebuah acara komedi dimana ketika itu pelawak di atas pentas membuat lawak tentang gadis-gadis berlemak. 



Kemudian Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata "Disana salah seorangnya"



"Tiba-tiba semua mata memandangnya dan bergelak sakan. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri kepada saya" Kata Amy.



Amy Gordon mula nekad untuk menguruskan badannya apabila dia meningkat dewasa. Semasa dia bekerja di Klinik Gigi dia dikelilingi dengan rakan yg sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana berat badannya.



Amy Gordon mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya seperti sekarang. Pada mulanya sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik.



Sehinggalah Amy Gordon menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton.



Amy Gordon berubah menjadi seorang vegetarian dan semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur. 



Kini Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu dari 117Kg kepada 62Kg. Amy Gordon sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg.










Amy Gordon kini lebih cantik, langsing dan seksi dan dia muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.








Semasa Amy Gordon bercuti di Tunissia, beliau pertama kali memakai bikini sepanjang hidupnya. 



Semasa di klinik salah seorang pesakitnya bertanya kepadanya "Dimana Amy".



Apabila Amy menyatakan dialah Amy. Pesakit itu menggelengkan kepalanyadan berkata "Bukan, Amy lain. Gadis gemuk dan berambut hitam".



Amy tersenyum kerana dia bukan lagi gadis gemuk yg dicaci, dikutuk, dihina dan diejek dulu.

 


View the original article here