Tampilkan postingan dengan label sejarah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sejarah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 13 November 2015

Jom Lihat Alat Bantu S3ks Berusia 28000 Tahun Di Temui Di Jerman

Sejak beribu-ribu tahun lalu, objek berbentuk z*kar telah digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kesuburan dan menangkis roh-roh jahat - tetapi penggunaannya sebagai alat bantu seksual mempunyai sejarah yang terlalu panjang.

Sebuah alat bantu s*ks yang berusia 28,000 tahun yang ditemui di Jerman, telah dikenali sebagai alat 'mainan s*ks' yang tertua yang pernah ditemui. Alat-alat bantuan s*ks ini diperbuat daripada batu, kayu, kulit dan juga tahi unta semuanya ditemui semasa penggalian.

Koleksi Wellcome pada masa ini mempunyai beberapa arca berbentuk istiadat - antara artifak seksual lain - sebahagian daripada pameran Institut Seksologi.

Alat bantu s*ks pertama kali diperkenalkan di sekitar 1400 AD dan berasal dari bahasa Latin untuk 'dilatare', yang bermaksud 'membuka lebar', dan diterjemahkan dalam bahasa Itali sebagai 'diletto.'

Di Timur Tengah, laporan rujukan sejarah di Mesir dan Yunani, mereka menggunakan pisang yang belum masak, atau tahi unta bersalut dalam resin sebagai alat bantuan seks.

Pada zaman Yunani purba, khususnya, laporan sejarah mendakwa peniaga di bandar Miletus membuat dan menjual objek yang dipanggil 'olisbos', bertujuan untuk membantu janda mencapai kepuasan seksual.





Minggu, 25 Oktober 2015

10 Wanita Tentera Nazi Yang Paling Kejam

Kebanyakan pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2. Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang 60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949. Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025 lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan hukuman mati.

Wanita Nazi secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan menyertai SS-Gefolge.

Wanita-wanita ini dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS. Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang merupakan komander-komander dan menteri-menteri kabinet. Berikut adalah senarai wanita Tentera Nazi paling kejam dalam sejarah.
10. Maria Mandel

Maria Mandel adalah merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau. Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.

Dia secara tidak langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya untuk dihukum mati dengan serta merta.

Pada May 1945. Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.

Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.

9. Herta Oberhauser

Wanita ini dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’. Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian, selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para tahanan.

Namun anehnya, dia cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada 1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.

8. Irma Grese

Irma Grese adalah salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .

Irma memukul mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi, dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat kepuasan dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945. Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu sehingga ke nafas yang terakhir

7. Ilse Koch

Ilse Koch dikenali sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas, terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.

Selepas tahanan dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet. Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.

Dia pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun 1967.

6. Juanna Bormann

Juana Bormann, pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan. Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 ,

Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese.

5. Ruth Closius-Neudeck

Neudeck adalah seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac 1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.

Pada lewat April 1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga, bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28 tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.

Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.

4. Magda Goebbels

Magda adalah isteri kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi dari luar negeri.

Walaupun dia tidak berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut Buchenwald.

Akhirnya, demi mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama suaminya.

3. Elizabeth Marschall

Elizabeth adalah ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi perubatan para tahanan di Ravensbrück.

Kebanyakan eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.

Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.

2. Vera Salvequart

Vera Salvequart, seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan.

Dia terus meracun tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas. Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.

Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.

1. Jenny Wanda Barkmann

Wanita keji Nazi ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.

Kamis, 22 Oktober 2015

Kisah Ngeri Wanita Tukang Rasa Makanan Hitler

Tidak tergambar siksanya bagi sesiapa sahaja yang  pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.

Wanita ini juga pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti.  Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet.  Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.
“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.

Anda Pasti Tidak Percaya Wujudnya Zoo Manusia Pada Awal Abad Ke-19

Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?

Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.

Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.

Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.

Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung.

Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai.

Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri.

Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut.

Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai.

Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico.

Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan.